So, mari kita lihat berapa gaji dan elaun yang diberi
pada orang orang ni semua. Orang-orang penting negara kita ni..
Aku mulakan dulu allowances untuk Agong dan Permaisuri
Agong.
Elaun untuk Agong dan Permaisuri Agong
Ini adalah dibawah Undang-undang Malaysia Akta 269
(Akta Peruntukan Diraja 1982).
Ini budget tahunan untuk Agong. Akan dibayar secara
bulanan kepada Agong. Selain dari elaun untuk Agong ni, mereka masih dapat
elaun Sultan di negeri masing masing.
1. Privy Purse - RM360,000 (bermakna bulanan adalah
RM30,000).
2. Elaun kerajaan - RM120,000 (bulanan sebanyak
RM10,000)
3. Elaun diraja Istana Negara - RM144,000 (bulanan
sebanyak RM12,000)
So, total setiap bulan seorang Agong dapat adalah
sebanyak RM52,000 .
Elaun untuk Permaisuri Agong ialah
1. Privy Purse - RM67,200 (iaitu RM5,600 sebulan).
2. Elaun kerajaan - RM21,600 (RM1,800 sebulan).
Total sebulan Permaisuri Agong dapat ialah RM7,400.
Selain daripada tu, setiap tahun Agong dapat lebih
RM53 million untuk perbelanjaan istana, sambutan tetamu dan untuk gaji pekerja
dia. Breakdown nya adalah seperti berikut
1. Perbelanjaan istana dan sambutan tetamu -
RM52,259,100
2. Gaji kakitangan istana - RM1,004,880
Elaun untuk bekas Agong dan bekas Permaisuri Agong
Aku tak pernah tau wujud nya elaun ni. Bermakna setiap
bekas Agong yang tukar setiap 5 tahun tu akan dapat elaun bekas Agong dan bekas
Permaisuri Agong. Ini adalah dibawah peruntukan Undang-undang Malaysia Akta 270
(Akta Istana Negara Elaun-elaun Diraja 1982) pindaan 2006.
Dibawah akta ni elaun akan dibayar kepada bekas Agong
dan bekas Permaisuri Agong setiap bulan untuk seumur hidup. Contoh nya lah kan
, macam Sultan Azlan (bekas Agong), selain dari elaun Sultan dia dapat tiap
bulan, dia juga dapat elaun bekas Agong.
1. Elaun Diraja Istana Negara untuk bekas Agong -
RM15,180 sebulan.
2. Elaun Diraja Istana Negara untuk bekas Permaisuri
Agong - RM4,500 sebulan.
Boleh dikatakan kat Malaysia ni kebanyakan Sultan dah
pun jadi Agong, just imagine berapa banyak kerajaan belanjakan untuk kesemua
bekas-bekas Agong dan bekas-bekas Permaisuri Agong yang masih hidup?
Pencen khas untuk balu Agong
Ini adalah pencen untuk balu Agong. Bermakna kalau
Agong tu meninggal semasa dia tengah jadi Agong, so balu dia akan dapat pencen
ni. Contohnya pencen khas ni Siti Aishah dapat sebab Sultan Selangor mati masa
tu dia tengah jadi Agong kan . Kira untung lah Siti Aishah ni sebab dapat
pencen khas. Anyway, ini adalah di bawah Undang-undang Malaysia Akta 223 (Akta
Pencen Khas Raja Permaisuri Agong 1979).
So, ini lah yang Siti Aishah dapat.
1. Pencen seumur hidup - RM4,500 sebulan.
2. Kereta (cukai jalan dan bayaran pendaftaran
percuma) atau wang pukal RM250,000 untuk kereta. Juga dapat RM2,590.87 sebulan
untuk driver dan maintenance of car.
3. Rumah Kerajaan yang akan disenggara oleh Kerajaan
atau wang pukal RM750,000.
Elaun Sultan dan kerabat (contoh Kedah)
Elaun untuk Sultan dan kerabat kat setiap negeri
adalah dibawah peruntukan negeri masing-masing. Setiap negeri ada Enakmen
Peruntukan Diraja. Ini contoh untuk Kedah. Basically, kat negeri negeri lain
pun lebih kurang sama juga amount nya.
1. Elaun Sultan - RM52,600 sebulan.
2. Elaun keraian Sultan = RM15,480
So, setiap bulan Sultan (contoh disini ialah Sultan
Kedah) ialah sebanyak RM68,080.
Untuk Sultanah pulak elaun nya adalah
1. Elaun Sultanah - RM12,000 sebulan
2. Elaun peribadi Sultanah - RM2,600 sebulan.
Sebulan Sultanah akan dapat RM14,600.
Elaun lain lain untuk kerabat ialah
Raja Muda - RM13,000
Raja Puan Muda - RM5,200
Tunku Bendahara - RM4,000
Bini Tunku Bendahara - RM1,250
Tunku Temenggung - RM3,500
Isteri Tunku Temenggung - RM900
Tunku Laksamana - RM3,000
Isteri Tunku Laksamana - RM600
Banyak lagi elaun untuk kerabat bergelar.
Selain daripada tu kerabat-kerabat lain pun dapat
allowances juga. Contoh macam anak anak Sultan dapat allowace dalam RM1,000
sebulan and kerabat jauh sikit (bukan anak Sultan) dinamakan kerabat kategori 2
juga dapat allowace sebanyak RM500 sebulan.
Gaji dan allowances untuk Perdana Menteri, Menteri dan
Ahli Parlimen
Ini semua adalah dibawah Undang-undang Ahli Parlimen
(Saraan) pindaan 2005 ....
Gaji untuk Perdana Menteri, Menteri, MP adalah seperti
berikut,
Perdana Menteri - RM22,826.65 sebulan
Timbalan Perdana Menteri - RM18,168.15 sebulan
Menteri-menteri Kabinet - RM14,907.20 sebulan.
Timbalan Menteri-menteri Kabinet - RM10,847.65 sebulan
Setiausaha Parlimen - RM7, 187.40
Ahli Dewan Negara - RM6,508.59
Ahli Dewan Rakyat (ni kira MP lah) - RM4,112.79
So, contohnya macam Pak Lah... dia adalah Perdana
Menteri dan juga Menteri Kewangan dan Menteri Keselamatan Dalam Negeri dan juga
dia adalah MP, so monthly income dia ialah
= RM22,826.65 + (RM14,907.20 x 2) + RM4,112.79
= RM56,753.84.
Ini formula untuk calculate pencen bekas MP.
Pencen:
1/144 x tempoh perkhidmatan (bulan) x Gaji
Minimum pencen dapat ialah separuh dari gaji MP.
Bermakna kalau jadi MP satu penggal pun akan dapat pencen paling sikit pun RM2,
056.40. Lagi lama jadi MP lagi banyak pencen dia akan dapat.
Gratuity:
1/48 x Gaji x 12 x tempoh perkhidmatan (bulan)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan