Ya Allaho ya rahman

Khamis, 17 Januari 2013

Fakta Mengenai Tentera Udara Malaysia (TUDM)



PESAWAT PEJUANG


18 x Sukhoi Su-30MKM (sedang dalam proses penghantaran)

TUDM membuat tempahan untuk 18 buah pesawat Sukhoi Su-30MKM untuk digunakan dalam peranan penguasaan udara. TUDM mengkaji untuk mengeratkan kerjasama dengan Tentera Udara India yang menggunakan pesawat Su-30MKI (yang hampir sama dengan standard pesawat yang digunakan oleh TUDM) untuk mendapatkan maklumat dan pengalaman penggunaan dan pengurusan pesawat Sukhoi Su-30 ini. Pembelian pesawat Su-30 ini juga melibatkan perolehan persenjataan moden seperti peluru berpandu BVR dan “panduan radar aktif” seperti mana teknologi peluru berpandu AIM-120 AMRAAM. Pesawat Su-30MKM TUDM menggunakan peralatan avionik yang dibekalkan oleh Thales. Keupayaan Su-30MKM dipercayai menyamai model terbaru dari variasi Sukhoi Su-27 iaitu Sukhoi Su-35BM.


14 x Mikoyan-Gurevich MiG-29N Fulcrum

TUDM membuat belian MiG-29N apabila Amerika Syarikat enggan meluluskan penjualan peluru berpandu AMRAAM kepada TUDM sebagai sebahagian daripada pakej pembelian pesawat Boeing F/A-18D Hornet. Rusia sebaliknya menawarkan pakej persenjataan termoden termasuk 2 x misil R-27R1 BVR dan 4 x misil R-73E WVR dengan ciri kawalan aktif radar dan BVR seperti AMRAAM. Pesawat MiG-29N TUDM dilengkapkan dengan peralatan avionik buatan Barat dan menggunakan enjin Tumanski RD-33 yang lebih berkuasa dengan jangka hayat yang lebih panjang dan jarak yang lebih lama antara penyenggaraan (MTBO) ditetapkan pada 750 jam penerbangan. Penghantaran pesawat bermula dalam tahun 1992.


<> 2 x Mikoyan-Gurevich MiG-29NUB

<> Versi dua tempat duduk ini digunakan untuk tujuan latihan dalam perkhidmatan. Pesawat ini mempunyai keupayaan tempur dan boleh membawa persenjataan seerti misil dan meriam.


<> 8 x Boeing F/A-18D Hornet


<> 8 buah pesawat F/A-18D Hornet dibeli untuk memberikan TUDM keupayaan menjalankan serangan dalam pelbagai cuaca, termasuk serangan waktu malam. Pesawat mempunyai keupayaan menggunakan bom dari siri Paveway II.


<> 16 x Hawk 208

<> 2 x Nortrop RF-5E Tigereye
(Untuk tujuan peninjauan.)


<> 3 x Northrop F-5F

<> 6x Hawk 108 (latihan lanjutan)

<> 10 x Aermacchi MB-339A (latihan lanjutan)

<> 10 x Northrop F-5E Tiger II (simpanan)

<> TUDM bercadang untuk menaik taraf pesawat F-5E seperti yang dilakukan oleh Taiwan tetapi rancangan terbantut disebabkan oleh kos yang terlibat terlampau tinggi. Usaha untuk menjual pesawat kepada pihak ketiga juga tidak berhasil. Keupayaan pesawat F-5E untuk hanya membawa 2 buah misil AIM-9 Sidewinder menjadikan tidak lagi sesuai untuk perkhidmatan di barisan hadapan.

<> 8 x Aermacchi MB-339CD (pesanan baru)
Pesanan ini untuk menambahkan dan menggantikan pesawat latihan MB 339 TUDM yang musnah akibat kemalangan.


Pesawat FA-18D Hornet TUDM digunakan untuk operasi serangan



PESAWAT PENGANGKUT


<> 8 x Lockheed C-130H-30 Hercules
Pesawat ini digunakan untuk pengangkutan taktikal termasuk pergerakan anggota antara Sabah dan Sarawak dengan Semenanjung Malaysia. Beberapa buah pesawat telah diubah suai dengan pemanjangan fiuslaj dilakukan oleh AIROD. Pesawat C-130 dipanggil Charlie dalam perkhidmatan TUDM.


<> 4 X Lockheed KC-130T (pesawat untuk pengisian minyak di udara)
Pesawat ini menjalankan tugasan pengisian minyak di udara untuk pesawat-pesawat TUDM menggunakan teknik “hose and drogue” seperti yang digunakan oleh Tentera Laut Amerika Syarikat.


<> 8 x Cessna 402B Pengangkutan Ringan
pesawat ini digunakan untuk tujuan komunikasi dan juga untuk latihan penyesuaian juruterbang menggunakan pesawat multi enjin.


<> 8 x Airtech CN-235-220M
Pesawat ini menggantikan perkhidmatan pesawat DHC-4 Caribou yang telah bersara daripada perkhidmatan. Pesawat ini juga menjalankan tugasan latihan penerjunan payung terjun untuk 10 Briged Para dan Grup Gerak Khas di samping tugasan pengangkutan yang lain.


<> 2 x Airtech CN-235-220M (VIP)
Pesawat CN235 ini disesuaikan untuk pengangkutan penumpang.


<> 1 x Boeing BBJ (VIP)
Pesawat pengembangan Boeing 737-700 ini boleh membuat penerbangan jarak jauh tanpa perlu singgah untuk mengisi minyak.


<> 1 x Bombardier Global Express (VIP)
Pesawat ini boleh membawa VIP untuk m\penerbangan jarak jauh tanpa perlu singgah untuk pengisian minyak.


<> 1 x Bombardier CRJ-700 Regional Jet (VIP)
Pesawat ini boleh membawa VIP untuk penerbangan jarak jauh tanpa perlu singgah untuk pengisian minyak.


<> 1 x Dassault Falcon 900B (VIP)
Pesawat pengangkutan eksekutif digunakan untuk pengangkutan VIP untuk lawatan-lawatan ke luar negara.


2 x Fokker F28-1000 Fellowship (VIP)
Pesawat ini digunakan untuk penerbangan anggota di antara Semenanjung Malaysia dengan Sabah dan Sarawak. Kegunaan untuk penerbangan VIp kian berkurangan dengan kehadiran pesawat-pesawat lain yang lebih moden dan lebih selesa.


<> 4 x Airbus A400M buatan Airbus Military - (4 buah pesawat dipesan)


Lockheed Hercules memikul beban misi pengangkutan udara TUDM.


PESAWAT PERONDA MARITIM

<> 4 x Beechcraft Super King Air B200T MPA
pesawat ringan dua enjin ini digunakan untuk rondaan persisiran pantai dan laut dekat. Rondaan laut samudera biasanya dijalankan oleh pesawat PC-130H-30-MP Hercules.


<> 2 x Lockheed PC-130H-30-MP Hercules (untuk tugasan rondaan maritim)
Versi pesawat Hercules yang digunakan untuk misi rondaan maritim. Pesawat ini mempunyai peralatan deria dan cerapan yang boleh dibuka pasang dengan cepat untuk membolehkan pesawat ini disusun atur menjadi pesawat pengangkut. Dalam peranan rondaan maritim, pesawat ini boleh terbang dengan menggunakan dua enjin sahaja dengan dua enjin lagi dimatikan untuk menjimatkan penggunaan minyak dan membolehkan rondaan sehingga 10 jam lamanya.


HELIKOPTER

<> 28 x Sikorsky S-61A-4 Nuri (pengangkutan)
Pesawat ini mempunyai dua enjin berbanding dengan Sikorsky SH-3 Sea King yang asal, dan mempunyai tempat duduk untuk 31 orang anggota tentera. Pesawat ini juga boleh diubah untuk membawa askar-askar yang cedera dengan memasang pengusung. TUDM merancang untuk menggantikan pesawat Nuri dalam tempoh 2006 hingga 2010 dan beberapa jenis helikopter telah diberikan pertimbangan, termasuk Eurocopter EC 725, the AgustaWestland AW101, Sikorsky S-92 dan NHI NH90. Eurocopter EC 725 dari Perancis akhirnya dipilih bagi menggantikan pesawat Nuri yang melibatkan 12 unit pesawat dan mungkin bakal menambah lagi pesawat EC 725 dimasa akan datang.


<> 6 x Sikorsky S-61A-4 Nuri (CSAR)
Pesawat ini digunakan khusus untuk operasi mencari dan menyelamat tempur termasuk operasi menyelamat semasa pertempuran dan dilengkapkan dengan winch dan mesingan untuk mempertahankan diri.


<> 2 x Agusta Sikorsky AS61A-N1 (VIP)
Pesawat buatan Agusta digunakan untuk pengangkutan VIP. Pengeluaran helikopter S-61 telah dihentikan oleh Sikorsky dan hanya dikeluarkan di bawah lesen pengeluaran oleh Westland dan Agusta. Versi yang digunakan TUDM hampir sama dengan standard helikopter Sikorsky S-61 yang lain dengan kelainan peralatan avionik sahaja.


<> 2 x Sikorsky S-70 Black Hawk (Pengangkutan VIP)
Helikopter S-70 Black Hawk digunakan untuk pengangkutan VIP dan dilengkapkan dengan tangki minyak luar untuk penerbangan jarak jauh.



Helikopter Nuri telah banyak berjasa dan hendak digantikan dalam perkhidmatan TUDM.



PESAWAT LATIHAN

<> 36 x Pilatus PC-7
TUDM telah membuat tempahan dan telah menerima 44 buah pesawat Pilatus PC-7 Turbo Trainer II dari pembuat Pilatus Aircraft, Switzerland. Pesawat PC-7 telah ditempatkan berkhidmat untuk latihan juruterbang di Pusat Latihan Penerbangan I (Pulatibang I) di Alor Setar (kini Kolej Tentera Udara). Sementara untuk latihan lanjutan pula, pesawat Pilatus PC-7 ditempatkan di Pulatibang 2 di Kuantan bersama-sama dengan pesawat Aermacchi. Sebilangan pesawat PC-7 telah musnah akibat kemalangan.


<> 8 x Pilatus PC-7 MkII (10 unit lagi dalam pesanan)
TUDM telah membuat tempahan untuk 10 buah pesawat Pilatus PC-7 MkII sebagai gantian kepada pesawat-pesawat yang telah musnah akibat terhempas ataupun kemalangan.


<> 20 x MD3-160 Aerotiga
TUDM merupakan pelanggan awal pesawat MD3-160 Aerotiga buatan tempatan. Pesawat ini kini ditempatkan di Pusat latihan Penerbangan I (Pulatibang I) di Alor Setar dan digunakan untuk latihan penerbangan ab initio.



Pilatus PC-7 digunakan untuk latihan juruterbang. Ia juga boleh dilengkapkan senjata dan digunakan sebagai pesawat penyerang ringan.




Sumber: wikipedia






Tiada ulasan:

Catat Ulasan