Ya Allaho ya rahman

Selasa, 22 Januari 2013

Pesanan buat sahabat :)


ini sesuatu yang perlu d'ingatkan
Tips-tips untuk elak daripada disamun :
1- Jangan mengunakan laluan motorsikal di highway . (terutamanya di kawasan ada lorong dan belakang tol)
2- Jangan melalui laluan kawasan hitam HANYA 2 , 3 orang iaitu Highway Bangi , Kajang , Seremban , Nilai dan lain-lain .
3- Sediakan lock fork di dalam bakul @ buku 5 bagi motorsikal yang takder bakul .
4- Kalau kena block kt depan , just langgar dan hulurkan kaki untuk tendang mereka .
5- Kalau kena kejar pastikan anda terus ke menuju ke balai polis atau pusat pengurusan tol (PLUS).

YANG PASTI JANGAN BERSEORANG MENAIKI MOTORSIKAL RARE BERSERTA HELMET .

Khamis, 17 Januari 2013

Fakta Mengenai Tentera Udara Malaysia (TUDM)



PESAWAT PEJUANG


18 x Sukhoi Su-30MKM (sedang dalam proses penghantaran)

TUDM membuat tempahan untuk 18 buah pesawat Sukhoi Su-30MKM untuk digunakan dalam peranan penguasaan udara. TUDM mengkaji untuk mengeratkan kerjasama dengan Tentera Udara India yang menggunakan pesawat Su-30MKI (yang hampir sama dengan standard pesawat yang digunakan oleh TUDM) untuk mendapatkan maklumat dan pengalaman penggunaan dan pengurusan pesawat Sukhoi Su-30 ini. Pembelian pesawat Su-30 ini juga melibatkan perolehan persenjataan moden seperti peluru berpandu BVR dan “panduan radar aktif” seperti mana teknologi peluru berpandu AIM-120 AMRAAM. Pesawat Su-30MKM TUDM menggunakan peralatan avionik yang dibekalkan oleh Thales. Keupayaan Su-30MKM dipercayai menyamai model terbaru dari variasi Sukhoi Su-27 iaitu Sukhoi Su-35BM.


14 x Mikoyan-Gurevich MiG-29N Fulcrum

TUDM membuat belian MiG-29N apabila Amerika Syarikat enggan meluluskan penjualan peluru berpandu AMRAAM kepada TUDM sebagai sebahagian daripada pakej pembelian pesawat Boeing F/A-18D Hornet. Rusia sebaliknya menawarkan pakej persenjataan termoden termasuk 2 x misil R-27R1 BVR dan 4 x misil R-73E WVR dengan ciri kawalan aktif radar dan BVR seperti AMRAAM. Pesawat MiG-29N TUDM dilengkapkan dengan peralatan avionik buatan Barat dan menggunakan enjin Tumanski RD-33 yang lebih berkuasa dengan jangka hayat yang lebih panjang dan jarak yang lebih lama antara penyenggaraan (MTBO) ditetapkan pada 750 jam penerbangan. Penghantaran pesawat bermula dalam tahun 1992.


<> 2 x Mikoyan-Gurevich MiG-29NUB

<> Versi dua tempat duduk ini digunakan untuk tujuan latihan dalam perkhidmatan. Pesawat ini mempunyai keupayaan tempur dan boleh membawa persenjataan seerti misil dan meriam.


<> 8 x Boeing F/A-18D Hornet


<> 8 buah pesawat F/A-18D Hornet dibeli untuk memberikan TUDM keupayaan menjalankan serangan dalam pelbagai cuaca, termasuk serangan waktu malam. Pesawat mempunyai keupayaan menggunakan bom dari siri Paveway II.


<> 16 x Hawk 208

<> 2 x Nortrop RF-5E Tigereye
(Untuk tujuan peninjauan.)


<> 3 x Northrop F-5F

<> 6x Hawk 108 (latihan lanjutan)

<> 10 x Aermacchi MB-339A (latihan lanjutan)

<> 10 x Northrop F-5E Tiger II (simpanan)

<> TUDM bercadang untuk menaik taraf pesawat F-5E seperti yang dilakukan oleh Taiwan tetapi rancangan terbantut disebabkan oleh kos yang terlibat terlampau tinggi. Usaha untuk menjual pesawat kepada pihak ketiga juga tidak berhasil. Keupayaan pesawat F-5E untuk hanya membawa 2 buah misil AIM-9 Sidewinder menjadikan tidak lagi sesuai untuk perkhidmatan di barisan hadapan.

<> 8 x Aermacchi MB-339CD (pesanan baru)
Pesanan ini untuk menambahkan dan menggantikan pesawat latihan MB 339 TUDM yang musnah akibat kemalangan.


Pesawat FA-18D Hornet TUDM digunakan untuk operasi serangan



PESAWAT PENGANGKUT


<> 8 x Lockheed C-130H-30 Hercules
Pesawat ini digunakan untuk pengangkutan taktikal termasuk pergerakan anggota antara Sabah dan Sarawak dengan Semenanjung Malaysia. Beberapa buah pesawat telah diubah suai dengan pemanjangan fiuslaj dilakukan oleh AIROD. Pesawat C-130 dipanggil Charlie dalam perkhidmatan TUDM.


<> 4 X Lockheed KC-130T (pesawat untuk pengisian minyak di udara)
Pesawat ini menjalankan tugasan pengisian minyak di udara untuk pesawat-pesawat TUDM menggunakan teknik “hose and drogue” seperti yang digunakan oleh Tentera Laut Amerika Syarikat.


<> 8 x Cessna 402B Pengangkutan Ringan
pesawat ini digunakan untuk tujuan komunikasi dan juga untuk latihan penyesuaian juruterbang menggunakan pesawat multi enjin.


<> 8 x Airtech CN-235-220M
Pesawat ini menggantikan perkhidmatan pesawat DHC-4 Caribou yang telah bersara daripada perkhidmatan. Pesawat ini juga menjalankan tugasan latihan penerjunan payung terjun untuk 10 Briged Para dan Grup Gerak Khas di samping tugasan pengangkutan yang lain.


<> 2 x Airtech CN-235-220M (VIP)
Pesawat CN235 ini disesuaikan untuk pengangkutan penumpang.


<> 1 x Boeing BBJ (VIP)
Pesawat pengembangan Boeing 737-700 ini boleh membuat penerbangan jarak jauh tanpa perlu singgah untuk mengisi minyak.


<> 1 x Bombardier Global Express (VIP)
Pesawat ini boleh membawa VIP untuk m\penerbangan jarak jauh tanpa perlu singgah untuk pengisian minyak.


<> 1 x Bombardier CRJ-700 Regional Jet (VIP)
Pesawat ini boleh membawa VIP untuk penerbangan jarak jauh tanpa perlu singgah untuk pengisian minyak.


<> 1 x Dassault Falcon 900B (VIP)
Pesawat pengangkutan eksekutif digunakan untuk pengangkutan VIP untuk lawatan-lawatan ke luar negara.


2 x Fokker F28-1000 Fellowship (VIP)
Pesawat ini digunakan untuk penerbangan anggota di antara Semenanjung Malaysia dengan Sabah dan Sarawak. Kegunaan untuk penerbangan VIp kian berkurangan dengan kehadiran pesawat-pesawat lain yang lebih moden dan lebih selesa.


<> 4 x Airbus A400M buatan Airbus Military - (4 buah pesawat dipesan)


Lockheed Hercules memikul beban misi pengangkutan udara TUDM.


PESAWAT PERONDA MARITIM

<> 4 x Beechcraft Super King Air B200T MPA
pesawat ringan dua enjin ini digunakan untuk rondaan persisiran pantai dan laut dekat. Rondaan laut samudera biasanya dijalankan oleh pesawat PC-130H-30-MP Hercules.


<> 2 x Lockheed PC-130H-30-MP Hercules (untuk tugasan rondaan maritim)
Versi pesawat Hercules yang digunakan untuk misi rondaan maritim. Pesawat ini mempunyai peralatan deria dan cerapan yang boleh dibuka pasang dengan cepat untuk membolehkan pesawat ini disusun atur menjadi pesawat pengangkut. Dalam peranan rondaan maritim, pesawat ini boleh terbang dengan menggunakan dua enjin sahaja dengan dua enjin lagi dimatikan untuk menjimatkan penggunaan minyak dan membolehkan rondaan sehingga 10 jam lamanya.


HELIKOPTER

<> 28 x Sikorsky S-61A-4 Nuri (pengangkutan)
Pesawat ini mempunyai dua enjin berbanding dengan Sikorsky SH-3 Sea King yang asal, dan mempunyai tempat duduk untuk 31 orang anggota tentera. Pesawat ini juga boleh diubah untuk membawa askar-askar yang cedera dengan memasang pengusung. TUDM merancang untuk menggantikan pesawat Nuri dalam tempoh 2006 hingga 2010 dan beberapa jenis helikopter telah diberikan pertimbangan, termasuk Eurocopter EC 725, the AgustaWestland AW101, Sikorsky S-92 dan NHI NH90. Eurocopter EC 725 dari Perancis akhirnya dipilih bagi menggantikan pesawat Nuri yang melibatkan 12 unit pesawat dan mungkin bakal menambah lagi pesawat EC 725 dimasa akan datang.


<> 6 x Sikorsky S-61A-4 Nuri (CSAR)
Pesawat ini digunakan khusus untuk operasi mencari dan menyelamat tempur termasuk operasi menyelamat semasa pertempuran dan dilengkapkan dengan winch dan mesingan untuk mempertahankan diri.


<> 2 x Agusta Sikorsky AS61A-N1 (VIP)
Pesawat buatan Agusta digunakan untuk pengangkutan VIP. Pengeluaran helikopter S-61 telah dihentikan oleh Sikorsky dan hanya dikeluarkan di bawah lesen pengeluaran oleh Westland dan Agusta. Versi yang digunakan TUDM hampir sama dengan standard helikopter Sikorsky S-61 yang lain dengan kelainan peralatan avionik sahaja.


<> 2 x Sikorsky S-70 Black Hawk (Pengangkutan VIP)
Helikopter S-70 Black Hawk digunakan untuk pengangkutan VIP dan dilengkapkan dengan tangki minyak luar untuk penerbangan jarak jauh.



Helikopter Nuri telah banyak berjasa dan hendak digantikan dalam perkhidmatan TUDM.



PESAWAT LATIHAN

<> 36 x Pilatus PC-7
TUDM telah membuat tempahan dan telah menerima 44 buah pesawat Pilatus PC-7 Turbo Trainer II dari pembuat Pilatus Aircraft, Switzerland. Pesawat PC-7 telah ditempatkan berkhidmat untuk latihan juruterbang di Pusat Latihan Penerbangan I (Pulatibang I) di Alor Setar (kini Kolej Tentera Udara). Sementara untuk latihan lanjutan pula, pesawat Pilatus PC-7 ditempatkan di Pulatibang 2 di Kuantan bersama-sama dengan pesawat Aermacchi. Sebilangan pesawat PC-7 telah musnah akibat kemalangan.


<> 8 x Pilatus PC-7 MkII (10 unit lagi dalam pesanan)
TUDM telah membuat tempahan untuk 10 buah pesawat Pilatus PC-7 MkII sebagai gantian kepada pesawat-pesawat yang telah musnah akibat terhempas ataupun kemalangan.


<> 20 x MD3-160 Aerotiga
TUDM merupakan pelanggan awal pesawat MD3-160 Aerotiga buatan tempatan. Pesawat ini kini ditempatkan di Pusat latihan Penerbangan I (Pulatibang I) di Alor Setar dan digunakan untuk latihan penerbangan ab initio.



Pilatus PC-7 digunakan untuk latihan juruterbang. Ia juga boleh dilengkapkan senjata dan digunakan sebagai pesawat penyerang ringan.




Sumber: wikipedia






Gilerlah ツ Rumah Buat Main Skateboard ◕‿◕

macamana kalau rumah yang ditinggalkan sekaligus menjadi tempat korang main skate board, memang coolah bro..... Korang tengok la panhouse ni, sebuah projek tempat tinggal sekaligus menjadi tempat main skate board yang diwjudkan di Malibu California.Semua ruang yang ada di rumah ini boleh menjadi kawasan nak main skateboard ,bahkan perabot pun boleh dijadikan tempat korang bermain,Inilah contoh gambarnya  






p/s :  Canggih sangat la pulak..

Rabu, 16 Januari 2013

Antara Kereta Kancil, Evo 7 Dan Ferrari Yang Anda Tidak Tahu





Pada suatu malam yang hening dan sunyi di lebuhraya utara selatan kelihatan sebuah kancil putih tersadai di sebelah lane kerosakan. Ada orang tua yang berdiri disebelahnya,pemilik kancil tu sedang berjalan kehulu kehilir cuba menahan kereta supaya membantu.tidak ada sebuah kereta pun berhenti.tiba-tiba datangla sebuah kereta evo 7 berhenti di sebelah kancil tadi.
“Ada apa nie pakcik,kereta rosak ke?”tanya pemuda berusia dalam lingkungan 20an.

”aha rosak “jawap pakcik tu simple aje….
“Ok,cam nie,saya ada tali nanti saya ikat kat kereta saya dan saya tarik kereta pakcik sampai tol”mamat nie bagi idea.
“worrait gak tu…”, tapi….nanti kalau pakcik rasa awak bawak laju pakcik akan hon dan bagi high beam”


“Ok pakcik”..mamat nie pun ikatlah tali kat kereta kancil didepan dan hujungnya diikat dibelakang bumper evonye. dia pun jalanla..dengan slow dan berhati-hati. Dalam lima kilometer mamat nie laju le sikit,apalagi pakcik tu pun hon dan bagi high beam la kat mamat tu.Mamat tu pun slowkan balik..


Tiba-tiba ada sebuah ferrari datang dari belakang dan press minyak kat mamat evo7.apa lagi,jiwa muda patang dicabar, dia pun tekan la minyak rapat nak kejar ferrari nie…lupa la pulak dia
dengan kancil org tua yg diikat kat belakang kereta dia.
Orang tua tu punya la hangin satu badan,dia pun hon dan bagi hi beam bagai nak rak.Mamat evo7 tu dah tak sedar dah angin punya pasal. Kebetulan pilak polis ada buat speed trap kat bawah jambatan.


Vrooommm……bedesup peginye… ini dah lebih speed limit nie…kate polis nie..cecah 250kmj memasing nie… Dia pun contact la kengkawan dia kat depan supaya saman kereta-kereta yg laju nie…
“Over..over,ada tiga buah kenderaan memandu melebihi had laju,sebuah ferrari,sebuah evo7 dan sebuah lagi kalau aku cakap korang mesti tak percaye punye………

Sebuah kancil putih tengah cucuk angin evo7 tu
dan bagi hon dan hi beam nak potong!!!


#ekekekekekeke ,kacil tuuu ◕‿◕

Pesanan dari PDRM


Jika korang memandu diwaktu malam dan cermin kereta dilempar telur ayam jangan pasang wiper atau pancut air . 


Terus memandu dengan apa yang mampu dilihat hingga korang tiba ditempat selamat. Ini kerana jika telur ayam bercampur air ia akan menjadi susu dan akan kaburkan 92.5% tahap penglihatan korang yang akan memaksa korang berhenti.


Disitulah korang akan menjadi mangsa perompak. Inilah teknik baru yg digunakan oleh perompak dijalanan .
Pesanan dari Polis DiRaja Malaysia . 


Jika korang SAYANG dan AMBIL BERAT kat kengkawan, family, sedara-mara dan rakyat Malaysia... SILALAH SHARE dan KONGSI kan perkara ni...
Dipersilakan "SHARE" TQ.

KONSEP - DISCOLOR TYRE

ツღ  TAYAR BEWARNA MENGINGATKAN ANDA MENUKAR TAYAR (7 GAMBAR)  ツღ







Design Kreatif Helmet Yang Luar Biasa

adew rase nak pkai tak helmet cm gini, ekekekekekeke (*_~)...












Ahad, 13 Januari 2013

10 Kereta Termahal Di Dunia


Kos membeli kereta mewah bukan hanya bergantung kepada harga pasarannya sahaja, kos sebenar bermula dari saat anda membeli kereta tersebut. Maintenance, insurans, kadar bunga, kos minyak dan sebagainya kadang-kadang melebihi harga kereta tersebut sendiri.

Audi R8 misalnya, yang berharga kira-kira setengah juta (mengikut harga US), apabila sampai lima tahun, kos penyelenggaraannya akan mencanak naik hingga RM600,000, lebih mahal daripada harga kereta itu sendiri. Bukan itu sahaja, kereta-kereta mewah ini juga akan cepat jatuh nilainya. Pada lima tahun pertama, majoriti kereta-kereta mewah tertentu akan jatuh nilainya antara 27-47% pada lima tahun pertama, yang menyebabkan kerugian antara RM180,000 - RM500,000 kepada pembeli.

Konsep dia lebih kurang samalah dengan mengahwini isteri yang high maintenance, duit habis dek membeli barang makeup, baju designer brand, beg tangan LV, yang dari Petaling Street punya tak nak. Cuma yang berbezanya isteri yang betul-betul 'mahal' ni tak semestinya high maintenance, hehe.

Ok. Cut the crap. Di sini dipaparkan 10 kereta termahal di dunia yang jika anda ada duit lebih, mungkin boleh beli dan memandu di jalan raya di Malaysia, dan seterusnya tersedar yang betapa berjuta ringgit sekalipun kereta anda, tetap juga akan tersangkut ketika traffic jam. Tips penting; kereta yang betul-betul 'mahal' bukan terletak pada harganya, tapi pada nombor platnya. Buktinya? Jika anda pakai Perdana sekalipun, tapi dengan nombor plat tertentu, anda tak perlu risau dengan traffic jam.


10. Pagani Zonda C12 (RM 2.13 juta)


9. Ferrari Enzo (RM2.24 juta)


8. McLaren F1 (RM 3.1 juta)


7. Zenvo ST1 (RM 3.9 juta)


6. Maybach Landaulet (RM 4.4 juta)



5. Koenigsegg Agera R (RM 5.1 juta)


4. Lamborghini Reventon (RM 5.1 juta)


3. Pagani Zonda Clinque Roadster (RM 5.87 juta)


2. Aston Martin One-77 (RM 5.87 juta)


1. Bugatti Veyron Super Sports (RM 7.65 juta)

*Nota: Harga kereta ini diconvert terus dari mata wang US Dollar, tidak termasuk cukai di Malaysia










Kemeja emas pikat wanita?

 PUNE - Seorang lelaki kaya di India sanggup membelanjakan sebanyak £14,000 (RM68,526) bagi menempah sehelai kemeja emas tulen dengan harapan ia akan menarik perhatian golongan wanita.Peminjam wang berasal dari Pimpri-Chinchwad, Datta Phuge, 32, berkata, seramai 15 tukang emas digunakan bagi menyiapkan sehelai kemeja yang mengambil masa lebih 16 jam sehari serta selama dua minggu untuk disiapkan.

"Saya bukan seorang lelaki paling kacak di dunia dan disebabkan itulah saya menghasilkan kemeja ini kerana yakin mana-mana wanita pasti akan terpesona dengan keindahan baju diperbuat daripada emas ini," kata Datta.

Datta memberitahu, selain bakal menarik perhatian wanita di luar sana, baju emas itu turut melambangkan dirinya sebagai 'lelaki emas Pimpri'.

Lapor akhbar Pune Mirror, kemeja emas tulen yang dicampur fabrik baldu putih import itu, turut dihiasi dengan enam butir kristal Swarovski pada bahagian butang serta tali pinggang emas. - MailOnline


PENEMBAK CURI TERBAIK DALAM SEJARAH TENTERA USA


Dengan 255 confirmed kills, Chris Kyle ialah penembak curi terbaik dalam sejarah ketenteraan Amerika. Chris yang bertugas sebagai penembak curi untuk pasukan Navy Seals memecahkan rekod yang dipegang Army Staff Sgt. Adelbert F. Waldron ketika perang Vietnam dengan 109 confirmed kill. Chris Kyle mendapat kesemua kills ketika bertugas di Iraq. Secara keseluruhan beliau sudah bertugas sebanyak 4 tour di negara bekas pimpinan Saddam Hussein ini.

Menurut Chris yang berasal dari Texas beliau sudah mula menembak sejak kecil. Senjata kegemaran beliau ketika membesar ialah sebuah shotgun. Apabila memasuki tentera beliau dipilih menjadi seorang sniper elit pasukan SEAL. Jika dulu beliau suka shotgun kini beliau menggunakan raifal Lapua Magnum. Mangsa pertama beliau di Iraq ialah seorang wanita yang cuba melakukan serangan berani mati. Beliau menambak mati wanita itu sebelum bom tangan didalam genggamannya dapat diletupkan. Wang ganjaran USD 20 000 juga ditawarkan kepada mana-mana pejuang Iraq yang berjaya membunuh beliau.

Beliau sudah bersara dari tentera Amerika dan kini bertugas sebagai seorang military contractor yang memberikan kawalan peribadi kepada VIP.



Rabu, 9 Januari 2013

ツღ ‎KISAH PENGANTIN BARU ◕‿◕


Suatu malam Si suami mengajak isterinya keluar untuk memberi satu kejutan.

Suami : Sayang... Jom kita keluar, abang nak bagi satu kejutan. Tapi kena tutup mata dulu ya

Isteri : Nak kemana abang? Kejutan? Wahhh +.+

Kemudian Si suami menutup mata isterinya dan membawa keluar dari bilik. Tiba tiba Si isteri terasa nak kentut, tetapi dia malu lalu menyuruh suaminya membuatkan segelas air.

Isteri : Abang..sayang dahaga laa..Boleh tak tolong buatkan air.

Suami : Okey sayang, tunggu kejap ye..

Si suami berlalu pergi dan Si isteri melepaskan kentutnyaa..Kemudian Si suami datang membawa air untuk isterinya, tetapi Si isteri terasa nak kentut lagi, lalu menyuruh suaminya menambah gula kononnya air itu kurang manis. Si suami berlalu pergi dan menambah gula, Si isteri melepaskan kentutnya lagi dengan penuh perasaan. Kemudian Si suami membawakan air kepada Si isteri sekali lagi, tetapi Si isteri masih terasa nak kentut, lalu menyuruh suaminya menambah gula sedikit. Si suami berlalu pergi untuk menambah gula dan Si isteri kentut sekentut kentut nya.... Setelah itu suaminya datang dan membuka ikatan yang menutup mata isterinya.

Suami : Suprise!!!

Isteri : *muka terkejut kerana disekeliling nya terdapat ahli keluarga suaminya* .. err.. ayah ibu bila datang? :'D

Ayah&Ibu : Sejak kentut hang yang pertama tu kami dah mai dah '=,='
HAHAHA

Suami : Sayang , kan abang dah cakap abang terima sayang seadanya..:)

Isnin, 7 Januari 2013

INFO : GAJI & ELAUN UNTUK AGONG, SULTAN, PM DAN MENTERI




So, mari kita lihat berapa gaji dan elaun yang diberi pada orang orang ni semua. Orang-orang penting negara kita ni..

Aku mulakan dulu allowances untuk Agong dan Permaisuri Agong.

Elaun untuk Agong dan Permaisuri Agong

Ini adalah dibawah Undang-undang Malaysia Akta 269 (Akta Peruntukan Diraja 1982).
Ini budget tahunan untuk Agong. Akan dibayar secara bulanan kepada Agong. Selain dari elaun untuk Agong ni, mereka masih dapat elaun Sultan di negeri masing masing.

1. Privy Purse - RM360,000 (bermakna bulanan adalah RM30,000).
2. Elaun kerajaan - RM120,000 (bulanan sebanyak RM10,000)
3. Elaun diraja Istana Negara - RM144,000 (bulanan sebanyak RM12,000)

So, total setiap bulan seorang Agong dapat adalah sebanyak RM52,000 .

Elaun untuk Permaisuri Agong ialah

1. Privy Purse - RM67,200 (iaitu RM5,600 sebulan).
2. Elaun kerajaan - RM21,600 (RM1,800 sebulan).

Total sebulan Permaisuri Agong dapat ialah RM7,400.

Selain daripada tu, setiap tahun Agong dapat lebih RM53 million untuk perbelanjaan istana, sambutan tetamu dan untuk gaji pekerja dia. Breakdown nya adalah seperti berikut

1. Perbelanjaan istana dan sambutan tetamu - RM52,259,100
2. Gaji kakitangan istana - RM1,004,880

Elaun untuk bekas Agong dan bekas Permaisuri Agong

Aku tak pernah tau wujud nya elaun ni. Bermakna setiap bekas Agong yang tukar setiap 5 tahun tu akan dapat elaun bekas Agong dan bekas Permaisuri Agong. Ini adalah dibawah peruntukan Undang-undang Malaysia Akta 270 (Akta Istana Negara Elaun-elaun Diraja 1982) pindaan 2006.

Dibawah akta ni elaun akan dibayar kepada bekas Agong dan bekas Permaisuri Agong setiap bulan untuk seumur hidup. Contoh nya lah kan , macam Sultan Azlan (bekas Agong), selain dari elaun Sultan dia dapat tiap bulan, dia juga dapat elaun bekas Agong.

1. Elaun Diraja Istana Negara untuk bekas Agong - RM15,180 sebulan.
2. Elaun Diraja Istana Negara untuk bekas Permaisuri Agong - RM4,500 sebulan.

Boleh dikatakan kat Malaysia ni kebanyakan Sultan dah pun jadi Agong, just imagine berapa banyak kerajaan belanjakan untuk kesemua bekas-bekas Agong dan bekas-bekas Permaisuri Agong yang masih hidup?

Pencen khas untuk balu Agong

Ini adalah pencen untuk balu Agong. Bermakna kalau Agong tu meninggal semasa dia tengah jadi Agong, so balu dia akan dapat pencen ni. Contohnya pencen khas ni Siti Aishah dapat sebab Sultan Selangor mati masa tu dia tengah jadi Agong kan . Kira untung lah Siti Aishah ni sebab dapat pencen khas. Anyway, ini adalah di bawah Undang-undang Malaysia Akta 223 (Akta Pencen Khas Raja Permaisuri Agong 1979).

So, ini lah yang Siti Aishah dapat.

1. Pencen seumur hidup - RM4,500 sebulan.
2. Kereta (cukai jalan dan bayaran pendaftaran percuma) atau wang pukal RM250,000 untuk kereta. Juga dapat RM2,590.87 sebulan untuk driver dan maintenance of car.
3. Rumah Kerajaan yang akan disenggara oleh Kerajaan atau wang pukal RM750,000.

Elaun Sultan dan kerabat (contoh Kedah)

Elaun untuk Sultan dan kerabat kat setiap negeri adalah dibawah peruntukan negeri masing-masing. Setiap negeri ada Enakmen Peruntukan Diraja. Ini contoh untuk Kedah. Basically, kat negeri negeri lain pun lebih kurang sama juga amount nya.

1. Elaun Sultan - RM52,600 sebulan.
2. Elaun keraian Sultan = RM15,480

So, setiap bulan Sultan (contoh disini ialah Sultan Kedah) ialah sebanyak RM68,080.

Untuk Sultanah pulak elaun nya adalah

1. Elaun Sultanah - RM12,000 sebulan
2. Elaun peribadi Sultanah - RM2,600 sebulan.

Sebulan Sultanah akan dapat RM14,600.

Elaun lain lain untuk kerabat ialah
Raja Muda - RM13,000
Raja Puan Muda - RM5,200
Tunku Bendahara - RM4,000
Bini Tunku Bendahara - RM1,250
Tunku Temenggung - RM3,500
Isteri Tunku Temenggung - RM900
Tunku Laksamana - RM3,000
Isteri Tunku Laksamana - RM600

Banyak lagi elaun untuk kerabat bergelar.

Selain daripada tu kerabat-kerabat lain pun dapat allowances juga. Contoh macam anak anak Sultan dapat allowace dalam RM1,000 sebulan and kerabat jauh sikit (bukan anak Sultan) dinamakan kerabat kategori 2 juga dapat allowace sebanyak RM500 sebulan.

Gaji dan allowances untuk Perdana Menteri, Menteri dan Ahli Parlimen

Ini semua adalah dibawah Undang-undang Ahli Parlimen (Saraan) pindaan 2005 ....

Gaji untuk Perdana Menteri, Menteri, MP adalah seperti berikut,

Perdana Menteri - RM22,826.65 sebulan
Timbalan Perdana Menteri - RM18,168.15 sebulan
Menteri-menteri Kabinet - RM14,907.20 sebulan.
Timbalan Menteri-menteri Kabinet - RM10,847.65 sebulan
Setiausaha Parlimen - RM7, 187.40

Ahli Dewan Negara - RM6,508.59
Ahli Dewan Rakyat (ni kira MP lah) - RM4,112.79

So, contohnya macam Pak Lah... dia adalah Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan dan Menteri Keselamatan Dalam Negeri dan juga dia adalah MP, so monthly income dia ialah

= RM22,826.65 + (RM14,907.20 x 2) + RM4,112.79
= RM56,753.84.

Ini formula untuk calculate pencen bekas MP.

Pencen:
1/144 x tempoh perkhidmatan (bulan) x Gaji

Minimum pencen dapat ialah separuh dari gaji MP. Bermakna kalau jadi MP satu penggal pun akan dapat pencen paling sikit pun RM2, 056.40. Lagi lama jadi MP lagi banyak pencen dia akan dapat.

Gratuity:
1/48 x Gaji x 12 x tempoh perkhidmatan (bulan)


Ahad, 6 Januari 2013


Rela Dimasukkan Ke Neraka

Nabi Musa AS suatu hari sedang berjalan-jalan melihat keadaan umatnya. Nabi Musa AS melihat seseorang sedang beribadah. Umur orang itu lebih dari 500 tahun. Orang itu adalah seorang yang ahli ibadah. Nabi Musa AS kemudian menyapa dan mendekatinya. Setelah berbicara sejenak ahli ibadah itu bertanya kepada Nabi Musa AS,
"Wahai Musa AS aku telah beribadah kepada Allah SWT selama 350 tahun tanpa melakukan perbuatan dosa. Di manakah Allah SWT akan meletakkanku di Syurga-Nya?. Tolong sampaikan pertanyaanku ini kepada Allah." Nabi Musa AS mengabulkan permintaan orang itu.

Nabi Musa AS kemudian bermunajat memohon kepada Allah SWT agar Allah SWT memberitahukan kepadanya di mana umatnya ini akan ditempatkan di akhirat kelak. Allah SWT berfirman,
"Wahai Musa (AS) sampaikanlah kepadanya bahawa Aku akan meletakkannya di dasar Neraka-Ku yang paling dalam".
Nabi Musa AS kemudian mengkhabarkan kepada orang tersebut apa yang telah difirmankan Allah SWT kepadanya. Ahli ibadah itu terkejut. Dengan perasaan sedih ia beranjak dari hadapan Nabi Musa AS. Malamnya ahli ibadah itu terus berfikir mengenai keadaan dirinya. Ia juga mulai terfikir bagaimana dengan keadaan saudara-saudaranya, temannya, dan orang lain yang mereka baru beribadah selama 200 tahun, 300 tahun, dan mereka yang belum beribadah sebanyak dirinya, di mana lagi tempat mereka kelak di akhirat. Keesokan harinya ia menjumpai Nabi Musa AS kembali. Ia kemudian berkata kepada Nabi Musa AS,"Wahai Musa AS, aku rela Allah SWT memasukkan aku ke dalam Neraka-Nya, akan tetapi aku meminta satu permohonan. Aku mohon agar setelah tubuhku ini dimasukkan ke dalam Neraka maka jadikanlah tubuhku ini sebesar-besarnya sehingga seluruh pintu Neraka tertutup oleh tubuhku jadi tidak akan ada seorang pun akan masuk ke dalamnya".
Nabi Musa AS menyampaikan permohonan orang itu kepada Allah SWT. Setelah mendengar apa yang disampaikan oleh Nabi Musa AS maka Allah SWT berfirman,
"Wahai Musa (AS) sampaikanlah kepada umatmu itu bahawa sekarang Aku akan menempatkannya di Syurgaku yang paling tinggi".