PUNE - Seorang lelaki kaya di India sanggup
membelanjakan sebanyak £14,000 (RM68,526) bagi menempah sehelai kemeja emas
tulen dengan harapan ia akan menarik perhatian golongan wanita.Peminjam wang berasal dari Pimpri-Chinchwad, Datta
Phuge, 32, berkata, seramai 15 tukang emas digunakan bagi menyiapkan sehelai
kemeja yang mengambil masa lebih 16 jam sehari serta selama dua minggu untuk
disiapkan.
"Saya bukan seorang lelaki paling kacak di dunia
dan disebabkan itulah saya menghasilkan kemeja ini kerana yakin mana-mana
wanita pasti akan terpesona dengan keindahan baju diperbuat daripada emas ini,"
kata Datta.
Datta memberitahu, selain bakal menarik perhatian
wanita di luar sana, baju emas itu turut melambangkan dirinya sebagai 'lelaki
emas Pimpri'.
Lapor akhbar Pune Mirror, kemeja emas tulen yang
dicampur fabrik baldu putih import itu, turut dihiasi dengan enam butir kristal
Swarovski pada bahagian butang serta tali pinggang emas. - MailOnline
Tiada ulasan:
Catat Ulasan